Total Page views

Saturday, 17 September 2011

Kenal pasti pengamal perubatan yg memakai jin/khadam..

Pernah tak korang alami situasi ini ketika mendapatkan rawatan Tradisional? Pernah tak korang tertanya-tanya apakah teknik perubatan tu berlandaskan ISLAM? DI sini dinyatakan beberapa tips yang membolehkan korang mengenali teknik perubatan selepas ini..Antaranya:
1.    Terdapat kain berwarna kuning yang menjadi perantara perubatan tersebut
2.    Terdapat keris yang diperasapkan dengan kemenyan
3.    Ada kemenyan
4.    Terdapatnya limau purut

 Kalau ada semua/salah satu daripada barang di atas..Pasti perubatan tersebut memakai jin sebagai perantara..Mari kita berfikir..Jin sesame jin adalah bersahabat atas faktor-faktot seperti ‘sejenis/serupa’(semuanya jin-jin belaka), cara komunikasi, jenis makanan dan sebagainya…Seperti manusia juga, jin terdapat toleransi sesame ‘spesies’ mereka sendiri..Oleh sebab itu kita orang Melayu khususnya, jangan mudah terpedaya dengan semua ini..Kalau merasakan bahawa bomoh boleh menyembuhkan penyakit, TERNYATA ANDA SALAH kerana yang sebenarnya, yang merasuk tubuh pesakit adalah dari kalangan JIN itu sendiri! Perubatan yang menggunakan jin sudah tentu ‘berkesan’ kerana mereka saling bertoleransi antara satu sama lain!!
INGAT..ANDA JUGA DIEKORI/DIJAGA OLEH JIN JUGA SELEPAS ITU..!!
ITUKAH YANG ANDA MAHU..??
BERBALIKLAH KITA SEMULA KEPADA AL-QURAN & AS-SUNNAH..
BANYAK LAGI INSTITUSI YANG MENAWARKAN PERUBATAN ISLAM..
SEMUANYA BERGANTUNG KEPADA KEIZINAN ALLAH S.W.T..USTAZ/BOMOH/PAWANG HANYALAH PERANTARA..
SEBAIK-BAIK PENYEMBUH PENYAKIT ADALAH UMMUL KITAB AL-FATIHAH….
WASSALAM…

Friday, 16 September 2011

Korang teringinkan deria KE-6(Sixth Sense)?



TERJUMPA LINK NI..
ANTARA ISINYA...
Jangan mengamalkan 5 M. Mencuri, Merogol, Merompak, lagi 2 aku tak ingat. Dalam erti kata lain kena jaga diri dari dosa, bukan sengaja cari dosa.
DOA PEMBANGKIT DERIA KEENAM
Astaghfirullah al Azim                   100x
Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad     100x
La hau la wala quwwata illa billah       100x
Ya Allah Ya Qadim                        100x
Baca wirid kat atas ni setiap kali solat fardhu. Untuk mengetahui korang da bukak ke belum mata ketiga korang yang syok tido tu adalah korang akan mengalami gejala sejuk-sejuk merenyam dan mata korang akan menangkap cahaya bling-bling cam kat televisyen tu. Itu adalah fenomena mata ketiga sedang dibuka. 
sumber: berkatrezeki.com/blog/2010/08/ilmu-membuka-mata-ketiga

    

Wednesday, 14 September 2011

Apa yang korang kena lakukan apabila…

 PERTAMA SEKALI…waktu berhadapan dengan makhluk halus, korang akan terkaku + kelu lidah sampai tak mampu untuk kembali berserah kepada Allah Yang Maha Besar..Apabila perkara ni terjadi, korang pejamkan mata(bagi yang sangat takut), keluarkan ibu jari kaki dari kasut/selipar/capal dan segera sentuhkannya ke atas permukaan bumi(tanah lebih afdal)..Tarik nafas dalam2..Segeralah membaca ayat2 suci Al-Quran (jika tidak mampu, di dalam hati, dan yakinlah kepada pertolongan Allah S.W.T)..Allah menjadikan kita berasal dari tanah..Itulah sebabnya kita perlu berpijak di bumi nyata, untuk mendapatkan kembali kekuatan dalaman ketika berhadapan dengan makhluk2 ini..
Apa yang korang kena lakukan apabila…
terserempak dengan pocong..
Jangan berlari secara lurus..Sebaliknya berlari mengikut arah zig-zag..
Sebabnya, makhluk halus bergerak mengikut arah angin yakni secara lurus..Korang akan memesongkan pergerakan angin yang menerjah korang, apabila korang berlari secara zig-zag.
tersesat di dalam hutan sedangkan korang meyakini jalan yang dilalui adalah jalan keluar..
      Tanggalkan pakaian kerana dengan ini korang menjadi ‘sebahagian’ daripada mereka(makhluk2 halus) kerana mereka tidak berpakaian.Korang akan menemui cahaya yang membawa korang keluar dari disembunyikan oleh makhluk2 tersebut..Perkara ini terjadi kebiasaanya disebabkan oleh perangai diri sendiri yang takbur, meludah merata-rata/kencing/bergelak-tawa/membuang air besar di dalam hutan..
ditegur/terserempak dengan mana2 makhluk halus yang lainnya,
      Jangan pamerkan muka cemas/gelabah/menjerit..Sebab ketika itu semangat diri mulai lemah sehinggakan mudah dimasuki/dirasuk oleh syaitan..Sentiasalah mengamalkan ayat2 pendinding diri seperti yang diajarkan oleh Baginda S.A.W..Ini sangat penting sebab jika diri pernah dirasuk jin/syaitan, ianya akan berulang-ulang kerana kita telah membuka ‘pintu’ kepada makhluk2 ini untuk menggunakan + merosakkan badan kita…

melihat orang histeria/dirasuk
      (Bagi yang lemah semangat)Jauhkan diri dari mendekati mereka…Jika tidak..Korang akan ikut serta histeria kerana turut terserempak dengan makhluk yang dilihat oleh pesakit..(Bagi yang kuat semangat/pernah mengubati orang) sediakan salah satu bahan ini:
      garam/lada hitam/bawang putih yang kemudiannya dibacakan Basmallah, Ummul Kitak Al-Fatihah 1X, Ayatul Kursiy 1X(ulangi bacaan pada WALAYAUDUHUHIFZUHUMA 9X), 3 Qul,selawat ke atas nabi 3X dan diletakk  diletakkan di ibu jari kaki si pesakit, bertujuan menguji/menggertak makhluk tersebut/memaksa meninggalkan badan pesakit. Mahukan cara mengubati pesakit dengan lebih terperinci, emel saya di minstylo_cs@yahoo.com. Insya’allah akan saya bantu berdasarkan pengalaman saya sendiri + tunjuk ajar guru dari Darussyifa’..
      bagi wanita/remaja perempuan
      Elakkan diri dari menjadi perhatian jin2 jantan. Ini boleh berlaku apabila keluar rumah tanpa menutup aurat(berpakaian mencolok mata) pada waktu maghrib..Allah telah menyempurnakan maruah kaum hawa..Mengapa masih lagi membuka aurat?
Ini adalah sebahagian daripada cara untuk melatih diri sentiasa bergantung harap kepada pertolongan Illahi..Semoga dapat membantu sedikit-sebanyak. Saya akan berusaha untuk berkongsi banyak lagi cara untuk mengelakkan diri daripada tipu daya Syaitan…Wassalam