Total Page views

Sunday, 4 September 2011

Laluan




Laluan



Seorang remaja lelaki yang berada ditengah-tengah kesibukan kota metropolitan,mempunyai prarasa hati yang kurang enak,tatkala berhadapan dengan suatu situasi yang berbeza keadaannya bagi dirinya sendiri.Bahkan dirinya bermonolog dalaman, sehinggalah lamunannya terpancung dek teguran salah seorang temannya,yang turut mengikuti lawatan persekolahan yang ditanggung sepenuhnya itu….
  “Pelik!..Kenapa di tengah-tengah kesibukan peniaga-peniaga yang berniaga di sini,boleh terdapatnya pula sebuah hotel?Laluan masuk ke hotel pun tak…Tak seperti kebiasaan! Tak sistematik!Orang-orang sekitar pun kelihatan serba tak kena?Apakah ‘perkara’ tu akan berulang lagi?Ya Allah,lindungilah hamba-Mu yang lemah ini..Aku memohon perlindunganMu daripada segala macam kejahatan yang tersembunyi Ya Allah…”

 “Luqman?Kenapa ni?”
   “Oh? Ya! Tak..Ak..Aku baik-baik! Eh?Mana kawan-kawan yang lain?”
   “Ish..Ish.. Itulah..jauh mengelamun, sampaikan semuanya dah berjalan masuk ke dalam hotel pun kau tak sedar..!”
   “Ya? Maaf..Maaf..Jom masuk!”
   “Aneh betul kau hari ni Luqman..”
  “Aku?Haha!”
Semasa di dalam hotel,Luqman tak henti-henti bermunajat kepada Yang Esa, kerana dirinya benar-benar berasa gundah-gelisah dengan apa-apa yang pada firasatnya, akan berlaku..Semua yang lain tidak menyedari keganjilan yang berlaku terhadap dirinya,melainkan seorang temannya ini,iaitu Shah,yang baru menegurnya sebentar tadi..
Keterujaan rakan-rakannya yang lain ternyata mengundang cemas di wajah Luqman,tatkala situasi yang keterlaluan sedemikian, pasti mendorong malapetaka!!Luqman melemparkan pandangannya ke arah persekitaran tempat, dimana dia dan rakan-rakannya yang lain, sedang menunggu di hadapan pintu lif sebelum mendaftar masuk ke bilik masing-masing..Pada penglihatannya..suasana di situ terlalu suram sehinggalah dia kemudiannya terkejut dengan apa yang menerjah masuk penglihatannya! Perkataan ‘SPA’ di suatu sudut bangunan hotel itu yang kelihatan suram, benar-benar memberi firasat negatif terhadap dirinya..Kawasan sedemikian rupalah yang menggalakkan berlakunya maksiat!Apa yang lebih mengejutkan,adalah ketika penantian mereka semua di hadapan pintu lif, tidak berkesudahan tatkala pintu lif tidak terbuka,sedangkan butang berwarna ketika ditekan!Luqman keresahan…namun masih bijak menyembunyikan ketakutannya itu..Tetapi tidak di mata Shah..Dia mengekori tingkah-laku rakannya itu sedari tadi..Mereka kini dipanggil oleh salah seorang pekerja di hotel berkenaan,untuk menaiki lif yang lain…Mereka terpaksa melalui bahagian dapur hotel berkenaan sebelum sampai ke pintu lif yang sudah sedia terbuka..Mereka
   menemui lif,MELAINKAN Luqman yang ketakutan dalam kebisuan…
   “Luqman…”
   “Shah..Hah! Jom masuk! Pintu lif dah terbuka..!”
   “Kau masuk dulu!’
Sewaktu tibanya lif di tingkat yang menempatkan bilik Luqman dan Shah,mereka bersiap-siap berjalan keluar…Namun suatu peristiwa aneh berlaku pada diri Luqman…




WHOSH!!
   Tidak semena-mena suatu angin kencang menampar hebat wajah Luqman..Rambutnya beralun..Namun Perkara ini tidak berlaku kepada rakan-rakannya yang lain..termasuklah diri Shah itu sendiri…
   “Kuatnya angin!!”
   “Angin? Apa yang kau merepek ni?! Tingkap semua rapat ditutup tau tak!Kita kan di tingkat 13..Kalau terbuka tingkapnya,nahaslah kita dengan angin kencang!!Kau okey tak ni?Risau aku dibuatnya..”
   “Ya..Ak..Aku okey..Letih agaknya..”
   “Luqman…..Kau ada apa-apa nak ceritakan pada aku ke?”
   “Emm..Dekat bilik ya!Jom!”





Sepanjang laluan di koridor hotel yang kelihatan lurus itu membuatkan Luqman ingin segera sampai ke bilik mereka..Suasana koridor yang suram dan kelihatan seolah-olah tidak berpenghujung,membuatkan dirinya teringat akan kata-kata ustaznya yang mengatakan bahawasanya,laluan yang lurus,adalah menjadi laluan kepada benda-benda halus,kerana mereka ini bergerak mengikut arah angin..Ingatan ini benar-benar menakutkan Luqman..!Selesai sahaja mereka memasuki bilik,Luqman segera meluru ke arah jendela,lalu menyelak kain langsir..Alangkah terkejutnya dirinya tatkala melihat ke luar..Berada betul-betul di bawah hotel mereka terdapat sebuah tokong,selain terdapat sebuah kuil bersebelahannya..Dia terkedu..Kini dia menceritakan apa yang berlaku terhadap dirinya kepada rakan sebiliknya,Shah..Rakannya itu menyambut baik walaupun tidak mengalami apa yang menimpa rakannya itu..Mereka membuat keputusan berpindah bilik dengan rakan di bilik sudut koridor..Permintaan mereka disambut baik atas alasan-alasan munasabah yang di berikan..Namun mereka berdua masih tidak menyedari bahawasanya bilik baru mereka itu terletak pada laluan yang lurus!! Sehinggalah malamnya..

  “Luqman..Aku nak ke bilik kawan-kawan lain..Kau nak ikut?”
   “Tak Shah..Aku nak tidur..’
   “Kalau macam tu,aku pergi dulu..Jangan kunci bilik pula!”
   “Ya,aku faham..”
   Tup.Pintu ditutup..Tinggallah Luqman bersendirian..Dia benar-benar mengantuk..Tetapi belum sempat dia memejamkan mata,dia dikejutkan dengan bunyi siulan seorang budak lelaki yang jelas kedengarannya,di sebelah kiri telinganya!Dia bingkas bangun menuju ke meja persiapan yang terletak di sudut kanan bilik berhadapan bilik air,bagi mendapatkan barangan berharganya,sebelum mengambil keputusan meninggalkan bilik itu..Dia berasa terancam kini!Tetapi…Jelmaan seorang wanita dalam kedaan hangus seperti mengalami kebakaran,muncul pula di hadapan bilik air tersebut!!
   “Siapa kau! Aku..Aku tak ganggu hidup kau!Kenapa..Kenapa aku mesti diganggu?!!’
Dalam masa yang sama,terdengar sayup-sayup suara yang mengatakan…
   “HEEEEEEEE~Mari…Mari ke sini…Kau…Kau tak akan tenang…Penglihatan kau adalah penglihatan KAMI JUGA!!!!HEEEEEE~”
   “Tidak! Jangan samakan aku dengan kamu semua!!Aku mengabadikan diriku kepada kuasa yang satu!Sedangkan..Sedangkan kamu!Kamu semua menjadi makhluk yang derhaka kepada ALLAH!!Ya Allah..Dengan kekuasaan-Mu..dengan kalimah-kalimah suciMu..Dengan KursiyMu Yang Maha Agung,Engkau hapuskanlah makhluk durjana ini Ya tuhanku..”
Sejurus kemudian,Luqman mengumpulkan segenap tenaga dalamannya untuk membolehkan dirinya membaca Ayatul Kursi..Makhluk itu terbakar hangus di hadapannya dalam keadaan yang mengerikan,disusuli jeritan yang bergema…Beberapa ketika makhluk itu lenyap dari penglihatan..Luqman memuji-muji Keagungan Ilahi atas pertolongan-Nya..Peristiwa ini dirahsiakan daripada pengetahuan rakan-rakannya,termasuklah Shah itu sendiri..
Pada keesokannya,mereka menaiki bas untuk bertolak pulang..ketika itu,hati Luqman tergerak untuk melihat gambar-gambar yang telah diambil,menerusi lensa kamera telefon bimbitnya..Sehinggalah dirinya yang ketika itu duduk bersebelahan dengan Shah,terpana…Kedua-duanya benar-benar terkejut dengan apa yang dilihat!
   “Kau nampak apa yang aku nampak, Shah?”
   “A..Ap…Apa tu?!Budak!Mana ada budak lelaki dalam lawatan kita ni! ”
   “Aku cuba ‘zoom’kan..”
   “Argh!! Luqman! Kau tengok mata dia!Merah menyeringai!!Han….Hantu!!”
   “Astaghfirullah!!Budak ni..Ya! Mungkin dialah yang bersiul di telinga kiri aku semalam!!”
   “Apa?!!”
  
-Selesai Bahagian Satu-
Keberkatan Ayat al-Kursi Ketika Menghadapi Gangguan Iblis dan syaitan,berdasarkan petikan buku Fadilat Ayat Al-Kursi,karya Dr.Amran Kasimin menerengkan beberapa Hadis Rasulullah S.A.W khusus berkaitan perkara ini.Berikut dipetik beberapa potongan Hadis
Terjemahan:Daripada Abu Hurairah,sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda:Dalam surah al-Baqarah ada satu ayat, penghulu ayat-ayat al-Quran, tidak dibaca dalam sesebuah rumah yang ada di dalamnya syaitan, kecuali ia keluar darinya, iaitu ayat al-Kursi.
Terjemahan:Darib Qatadah ia berkata:Barangsiapa membaca ayat al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan dua orang malaikat memeliharanya hingga subuh.
NANTIKAN KEMUNCULAN PSIKIK 2..

12:00 p.m

12:00 p.m



   Sepasang anak beranak..Ibu dan seorang anak lelakinya…Mereka berada dalam perjalanan menuju ke sebuah rumah di suatu destinasi, 12 Kilometer ke arah Selatan..Waktu itu Haiqal sempat mengerling kearah ‘Dashboard’ kereta yang dipandu oleh ibunya yang tertera menunjukkan jam 11:58 pagi..Dua minit lagi hari akan menjengah 12:00 tengah hari..Kereta dipandu laju oleh ibunya melalui suatu jalan bersawah,lurus dan sunyi dari kenderaan yang lalu-lalang di situ…
   “Apa yang anak mama belajar di sekolah hari ni?Boleh mama tau?”
   “Haiqal seronok sangat belajar Pendidikan Islam tadi mama..Ustaz banyak bercerita ketika mengajar..Itu buatkan kami rasa ceria untuk belajar mama..”
   “Oh..Baguslah macam tu..Siapa nama Ustaz adik?”
   “Ustaz Najhan mama..!Adik suka belajar dengan ustaz..Adik pun banyak bertanya kepada ustaz tentang permasalahan dalam ibadat,atau perkara-perkara yang lain, yang melibatkan Fardhu Ain,mahupun Fardhu Kifayah..”
   “Wah..Boleh jadi ustazlah anak mama lepas ni!”
   “Mama ni..Hahahaha!”
Suasana didalam kereta gamat seketika dengan gelak tawa yang silih berganti oleh kedua anak-beranak tersebut..
   “Tapi mama……”
   “Hah? Kenapa pulak ni?Anak mama ada masalah ke?”
   “Ta..Tak..Cuma sejak kebelakangan ni adik selalu terserempak dengan ‘benda’ yang bukan-bukan..Adik ada cerita dekat ustaz dan katanya…..”
   “Kejap..Adik cakap apa ni..Mama tak faham..Benda apa”
   “Err..han…”
RING…RING!!!Telefon bimbit ibunya berbunyi..Beliau segera menyahut panggilan tersebut setelah tertera perkataan ‘mak’..Mereka sebenarnya dalam perjalanan ke rumah nenek Haiqal, atau rumah ibu kepada ibu Haiqal itu sendiri..
   “Assalamu’alaikum mak..”
   “Kamu dekat mana sekarang ni?”
   “Ima dalam perjalanan ni mak..Sekejap lagi sampailah..”
   “Emm yelah..Pandu hati-hati ye..Assalamu’alaikum nak..”
   “Wa’alaikumussalam mak..”
Tiit! Butang ditekan sejurus menghentikan perbualan..Perbualan kedua-dua beranak tersebut bersambung semula..
   “Maaf Haiqal,,opah kamu tadi..Ha dekat mana berhenti tadi?”
   “Kebelakangan ni adik selalu terserempak dengan ‘benda’ yang bukan-bukan..Adik ada cerita dekat ustaz dan katanya….Hantu atau lebih tepat syaitan-syaitan yang menjelma dalam pelbagai macam rupa bentuk, cuba mengganggu adik..”
   “……..Haiqal……..Jangan cakap yang bukan-bukan nak..”
   “Mama…adik tak bohong..”
   “Emm..sejak bila Haiqal jadi macam ni?”
   “Dua tiga bulan lepas mama..”
   “Baru sekarang adik cerita pada mama?”
   “Mulanya Haiqal anggap semua itu hanya ilusi sehinggalah….MAMA BERHENTI!!!”
   “Kamu ni kenapa?!Terperanjat mama dibuatnya!Nyaris-nyaris kemalangan tau!Mujurlah tiada satu kereta pun atas jalan ni hari ini..!Kenapa?!”
   “Ada nenek tengah jalan tadi!”
   “Merepek! Tiada siapalah..Siapa yang nak berdiri di tengah-tengah jalan waktu tengah hari ni?!”
   “Betul mama!Haiqal tak bohong!Nenek tu berpakaian serba hitam, sambil memegang tongkat,berdiri terpacak di tengah-tengah jalan!Dia…Dia pandang tepat kearah kereta yang mama pandu ni..!”
   “Dah..dah…Dekat rumah nenek kita cerita..Dah nak sampai dah..Ma..Mama percaya apa yang adik katakan tadi..”
Di rumah nenek..segala-galanya diceritakan..
   “Betul opah…Haiqal tak bohong..”
   “Kamu tahu apa yang kamu nampak tadi?Itulah syaitan!Waktu tengah hari meremang dan lewat senja,merupakan waktu aktif mereka ini keluar..Itulah sebabnya orang tua-tua melarang kita keluar pada kedua-dua waktu ni..Nyaris kamu dan mama kamu tak apa-apa…Dah Haiqal duduk dekat depan dulu ye..Opah nak cakap dengan mama Haiqal.. ”
   “Ima…”
   “Ya mak..”
   “Perhatikan anak kamu tu..Jangan tinggalkan dia bersendirian…Ada sesuatu yang kamu perlu tahu..”
   “Apa tu mak?”
   “Anak kamu…Anak kamu tu dikurniakan deria keenam yang membolehkan dirinya melihat segala sesuatu yang orang-orang biasa seperti kita tak dapat lihat!Dia mewarisi kebolehan arwah datuknya dulu..Bapa kamu sendiri..”
   “Maksud mak dapat tengok…”
   “Ya…Jin dan syaitan!”
   “Ya ALLAH!!”
   Dalam masa yang sama,Haiqal yang sedang tekum membaca di ruang tamu, terimbau kembali jam di ‘Dashboard’ kereta yang dipandu ibunya mempamerkan jam 12:00 tengah hari sewaktu kejadian!!!
   “YA ALLAH….PATUTLAH….!!!!”Desir hatinya…