Total Page views

Wednesday, 25 May 2011

Psikik 1~Kengerian menghantui, saat kau melihatku!

KEM


“Kamu nampak tak cahaya tu?? Kamu jalan lurus! Jangan belok ke mana-mana faham tak?!”
        “F..Fa..Faham ustaz”
        “Terus!!”
        “Ba..Baik!”
…………………………………………………………………………
   “Hey..kau ni kenapa??Aku tengok kau ni dari tadi macam ada yang tak kena je..Tak sihat??Chop! Kau rindukan mak kau ya?Hahaha!..Baru beberapa minit tadi famili kau hantar,dah mula rindu?Anak mak sungguhlah kau ni bro!”
   “Hey sudahlah..apa masalah kau ni Edi?!Asyiklah dengan provokasi kau yang tak habis-habis tu!Kalahkan orang perempuan..Dia yang melebih-lebih pulak!!”
   “Okey..Okey aku minta maaf..Aku cuma risaukan kau je..Eh,ramai tau yang suka bertukar-tukar kisah dengan aku..Emm kau tak rasa nak cerita kat aku?Aku boleh jadi pendengar yang baik tau!”
   “Ish! Kau pendengar yang baik?Kirim salamlah dekat kucing kau tu…Aku tak apa-apa…”
   “Aku tak paksa kau...Kalau…”
   “Kejap! Kau tak rasa apa-apa pasal kem ni?Err..aku tanya je..”
   “Kau rasa takut..?”
   “ Tak..Tak..Cuma aku rasa tak sedap hati..Aku rasa serba tak kena..Aku buat apa pun salah sejak di rumah lagi..Kau tak rasa yang sama?”
   “Ish kau ni…Tapi sebelum Badan Pengawas nak buat kursus dekat sini,aku ada dengar dari mulut orang-orang sekeliling yang banyak mengatakan yang pelik-pelik tentang tempat ni..Tapi..Ish!Mengarutlah semua tu..Dah..Dah..Pergi siap cepat!..Malam ni kita ada sesi ‘Burung Hantu’!!! Excited betul aku!!”
   “…………………”
   “Kau..Kau okey Khairil?Kau…”
   “Ya!Ak..Aku okey..Aku okey……”
Jam 1:00 pagi
Taklimat Guru Badan Pengawas
   “Baik semua..! Malam ni kita akan adakan sesi burung hantu.Ini bertujuan memupuk jati diri dalam diri pelajar..Kita akan melepaskan seorang demi seorang untuk berjalan di dalam hutan sehingga ke platform yang terakhir..Sedikit peringatan saya kepada kamu semua..Sila ingat kata kunci yang telah diberikan kepada setiap seorang daripada kamu dengan baik..Kita tak mahu ada yang cuba menyamar jadi diri kamu…Kamu fahamkan maksud saya..Jangan cuba menegur ‘sesuatu’ yang kelihatan luar biasa pada kamu..Bacalah ayat-ayat suci Al-Quran sebelum kamu memulakan perjalanan panjang ini…Semua bersedia? Baik! Kita mulakan dengan wira dahulu..Silakan….”
   “Hey Edi..Kau dengar tak tadi?Aku rasa macam…”
   “Sudah! Kau ni!..sekarang ni giliran kau untuk jalan..Dah..Dah..Jalan cepat..Hati-hati Khairil..Hahaha”
   “Siap kau nanti Edi aku kerjakan!!!”
Jam 2:00 pagi
Hutan lipur..
   “Eh kenapa ada jalan satu lagi ni??Pelik..Setahu aku jalan ni jalan sehala..Macam mana ada dua arah?Melainkan….!!!”
   “WHOA!! Hey kawan!! Kita jumpa lagi..”
   “Ya Allah!!..Eh kau ke Edi..terperanjat betul aku!! Kau buatlah macam tu lagi tau!Hish!”
   “Haha!Maaf..lawak betul tengok kau terperanjat!Alang-alang dah jumpa,jom jalan sekali nak tak?”
   “Boleh!Boleh!..Jom!”
   “………..Kau ni Khairil………..”
Platform terakhir..
Kata kunci terakhir untuk diberikan kepada ustaz yang menjaga platform berkenaan…
   “Kamu…Azan cepat!”
   “Saya?Azan?Dalam hutan ni???”
   “Kamulah Akmal! Ni salah satu ujian juga!CEPAT!”
   “Ba..Baik ustaz..!”
   “Eh Edi kenapa agaknya ustaz suruh dia azan?Pelik betullah..”
   “Haha ujian Fardhu Ain versi baru agaknya!”
   “Hish kau ni! Main-main je yang kau tahu!Dah giliran aku pula sekarang..”
   “Maaflah..Aku tak tahu…”
Tatkala Khairil..
   “Betul ke kamu ni Khairil..?”
   “Eh?Sayalah ni ustaz..Kenapa ustaz tanya macam tu?”
   “Tak..Tak apa-apa..Kamu boleh jalan..DAN! pastikan kamu jalan terus ke cahaya lilin yang diletakkan di atas meja dekat  hujung tu..Itu penamatnya..kamu faham tak??”
   “ Faham ustaz…”
Giliran Edi..
Khairil pula meneruskan langkahnya..
   “Kamu azan Edi..”
   “Hah?!”
   Pada waktu ini,Khairil terpana seketika tatkala melihat kelibat wanita berpakaian serba putih yang berlalu pergi meredah semak di sebelah kirinya..Tidak terlintas perkara yang bukan-bukan di benaknya apabila kursus itu turut disertai oleh peserta-peserta perempuan.Khairil kemudiannya menukar arah perjalanannya kearah wanita tersebut, tatkala merasakan dirinya melalui jalan yang sebenarnya..Ternyata Khairil terlupa akan kata-kata daripada ustaznya yang menggesa akan dirinya agar berjalan terus…….Namun hampir sahaja dirinya tergelincir jatuh ke dalam gaung! Mujurlah dia sempat berpaut pada dahan berdekatan, selain sempat ditarik oleh ustaz yang melihat perlakuan ganjil anak muridnya itu sedari tadi..
   “Ya Allah!!Gaung!!!”
   “Khairil!Apa yang kamu buat ni..saya dah kata berjalan terus!Kenapa tukar arah ni?!!”
   “Tapi kakak tadi melalui jalan ini..! Jadi saya ingat ini jalannya!”
   “Siapa yang kamu maksudkan ni?!”
   Kamu nampak tak cahaya tu?? Kamu jalan lurus! Jgn belok ke mana-mana faham tak?!”
  “F..Fa..Faham ustaz”
  “Terus!!”
  “Ba..Baik!”
   Baru kini Khairil melihat lilin yang dimaksudkan oleh ustaznya itu..Sedangkan beliau tidak melihat apa-apa sebelum itu..!Kakak yang dimaksudkan itu tidak dilihat oleh sesiapa melainkan dirinya..Sehinggalah beliau menyedari  ketika dirinya telah berada di rumah, bahawasanya wanita itu tidak berjalan, sebaliknya TERAPUNG ketika Khairil terserempak dengannya!!!Masakan ada insan yang boleh berjalan di atas angin dan dibawahnya GAUNG!!!!Dia TERBANG!
 

 Imbas kembali…
      “Betul ke kamu ni Khairil..?”
      “Eh?Sayalah ni ustaz..Kenapa ustaz tanya macam tu?”
      “Tak..Tak apa-apa..Kamu boleh jalan..DAN! pastikan kamu jalan terus ke cahaya lilin yang diletakkan di atas meja dekat hujung tu..Itu penamatnya..kamu faham tak??”
      “ Faham ustaz…”
   Sebenarnya..ustaz tadi telah melihat kelibat wanita berpakaian serba putih, dengan wajahnya yang hancur dan bebola matanya yang kemerahan, TERAPUNG betul-betul di atas kepala KHAIRIL!!!!!!!!

Psikik 2~Saat dirimu keseorangan, aku menjadi teman!

RANJAU TIGA PURNAMA
 WHOA!!”
“Maaf! Maaf! A..Aku tak sengaja tertumpahkan air ni Arman..Aku lapkan..Kejap…..Nah tisu…”
“Tak apa..Nasib baik air kosong je..Err tisu lagi Kamal..”
“Boleh..Boleh!! Nah, ambillah..”
Thanks  bro…Err..Kamal? Kau Nampak pucat sangat ..Berpeluh-peluh lagi..Kenapa? Takut aku marah ya..?”
“Eh taklah! Muka aku pu…Pucat ke?”
“Tengok tu! Jawab pun tergagap-gagap..”
“Kau dah bayar? Kalau belum, biar aku bayarkan...Anggaplah ini sebagai tanda aku ‘menebus’ kesalahan aku okey?”
My pleasure..Haha!”
        Pada ketika itu, Arman bingung terkenangkan keganjilan rakannya itu sebentar tadi..Namun sesuatu yang agak luar biasa, terlihat dek penglihatannya..Terdapat sehelai kertas yg tertera di atasnya nota yang berbunyi, ““Kamal…Jangan kamu alpa dengan sekelilingmu..Tingkatkan amalmu..Mohonlah petunjuk dan bantuan daripada-Nya..Sesungguhnya..Kamu dalam ujian-Nya….”Arman terkedu tanpa menyedari rakannya itu kini telah berada di mejanya..Kamal tergesa-gesa mengambil helaian nota itu dari genggaman Arman, lantas memarahi dirinya sendiri , tatkala membiarkan tulisannya itu terlepas dari dalam penjagaannya..
“Apa yang cuba kau maksudkan dalam tulisan kau tu?”
“Bukan urusan kau..
“Siapa yang kau maksudkan dalam nota tu..?”
“Apa masalah kau ni! Dahlah baca nota aku sesuka hati!”
“Woo..Okey..Aku salah..Maaf..Janganlah tinggikan suara macam tu..Aku cuma nak khabarkan pada kau yang aku..Aku rasakan kau dalam masalah..Kau mesti mempersiapkan jasmani dan rohani kau untuk tiga purnama yang akan datang..Ah! Maksud aku tiga bulan yang akan datang....Aku minta diri dulu..Aku kena bantu ayah aku berkebun..Kau faham-fahamlah ya!”
“ Kau tahu?…..”
Arman berlalu pergi meninggalkan Kamal dengan 1001 persoalan yang terus membelenggu jiwa dan fikirannya itu..Kamal pula bersiap-siap untuk pulang ke rumahnya..Sesuatu yang besar sedang menanti diri anak muda ini…
Di rumah..
“Lewat balik hari ni Kamal?”
“Maaf  bu..Kamal ada perbincangan dengan kawan tadi..Kamal minta diri naik ke bilik dulu..Kamal letih bu..”
Di dalam biliknya..
“Aku letih sangat…Aku….. letih….”
Saat itu, suasana bilik berubah secara tiba-tiba! Kamal kini berada di antara dunia separa realiti, yakni dunia paranormal selebihnya!!
“KAU LETIH YA!”
“ Kau..! Kau..Kau siapa?!”
“HAHAHA! KAU ANAK ADAM!! KAU NAK AKU LILIT DIRIMU DENGAN LIDAHKU YANG DIBALUTI API YANG MENBARA?! HAHAHA!! INI BALASAN ATAS APA YANG KAU LAKUKAN PADAKU! AKU INGIN MEMBALAS KEMBALI!!!”
“Apa yang telah aku lakukan?!!”
“AKU PANAS! AKU PANAS!!! KAU..KAU! KENAPA KAU BERLAGAK MENGHALAUKU DARI BILIK INI DENGAN KALIMAH TUHANMU?!!! SEKIAN LAMA AKU MENGHUNI BILIK INI! SAAT KAU KESEORANGAN, AKULAH YANG MENJADI TEMAN!! HEEEEEEE~!! APA LAGI YANG BOLEH KAU LAKUKAN HAH?!!HAHAHAHA!!! ”
Terkumat-kamit mulut Kamal membaca ayat-ayat suci Al-Quran yang terlintas di fikirannya saat berhadapan dengan Makhluk yang digelar Jin itu, yang kini berada di hadapannya! Wajah makhluk itu yang bebadan besar,berbulu lagi kehitaman, mempunyai bebola mata yang besar berapi-rapi, dengan lidahnya yang terjulur panjang sehingga ke paras pusat, benar-benar menakutkan sesiapa yang melihatnya!
“KAMAL!!!!!
“ YA ALLAH!! AKU TAKUT!!!”
……………………………………………………………………………………….

DUMM!!
DUMM!!
Saat itu Kamal beralih pula ke hujung katilnya tatkala mendengar tumbukan padu yang begitu kuat dan deras...Dia menggagahkan dirinya ketika itu, walaupun di hadapannya terdapat seekor Jin yang sedang meronta-ronta, tatkala tubuhnya terbakar !! Saat dirinya menghampiri..Tiba-tiba!!
“Kau!!”
“HEEEEEEE~!!”
“Kenapa??Apa semua ni?!”
“HEHEHEHEHE~!! APA YANG CUBA KAU BACAKAN HAH?!”
Lembaga wanita dengan keadaan rambutnya yang panjang, sedang duduk mencangkung, segera mencengkam betis Kamal, lalu membuatkan Kamal jatuh tertiarap..Kamal ingin bangun, namun dirinya terasa lumpuh..Di tambah lagi cengkaman tangan lembaga itu yang sangat kuat!! Kamal berusaha menggunakan kekuatan sikunya untuk merangkak keluar dari biliknya itu..Dia merasakan seolah-olah beratus-ratus bongkah batu, sedang menghempap di belakangnya..Saat itu juga, di hadapannya berdiri tegak pula sesosok tubuh yang dibaluti kain kapan, sedang tajam memerhati dirinya, sambil melompat ke udara tinggi!!!
“Poc..Poc..Pocong!!”
“KAU NAK AKU TOLONG?!! AMBIL KAIN LILIT KEPALAKU INI!! HEEEEEEE~HAAARR!!”
Meleleh air liur makhluk itu ke atas dahinya Kamal.. Kamal benar-benar ketakutan ketika ini..Seluruh tubuhnya seakan-akan terkunci..Namun jauh di lubuk hatinya, dia terus-menerus memohon pertolongan Ilahi..Maka, di saat inilah dia melihat kekuasaan Ilahi tatkala ketiga-tiga makhluk yang menakutkan itu, seakan-akan dilibas dengan satu pukulan padu, sehingga kemudiannya lesap dengan satu jeritan yang menakutkan..
“ARGHHHHHHH!!!!!!!”
“ARGHHHHHHH!!!!!!!”
“ARGHHHHHHH!!!!!!! 89 HARI UNTUKMU..KAMAL!!!”
“Ya Allah!! Aku belum bersedia untuk semua ini!!”
……………………………………………………………………………………
“Apa?!..dah dekat Maghrib! Aku tak solat Asar lagi! Tertidur pulak! Aku dapat mimpi yang bukan-bukan!!Sekejap..Bau hangit terbakar..Maknanya?!!Benar-benar terjadi.. 89?! Hari ni….Tiga purnama aku dah! Dah bermula!! 89hari lagi! Sebelum cukup tiga purnama, atau tiga bulan!!!!Arman… Arman!”
Panggilan atas talian…
“Hello?? Arman ada?”
“Siapa ni?”
“Saya kawan Arman mak cik..Saya Kamal..”
“Oh? Kamal..Arman kan pulang ke kampung sejak minggu lepas lagi?”
“Tapi…Baru tadi saya…Ah! Tak apa mak cik..Maaf mengganggu..”
Dirinya sedang di uji..Arman yang datang berjumpa dengannya tempoh hari, sebenarnya adalah jelmaan insan yang memperingati dirinya agar mempersiapkan dirinya..Sesi perbincangan mereka itu juga adalah manipulasi keadaan semata-mata…Tiada sesiapa di tempat itu..Melainkan sebuah rumah kedai using, yang telah lama dibiarkan kosong!! Kamal keresahan..

SENJA di TERATAK

“Maghrib dah masuk ni..Adik nak solat dulu ya? Emm pergi ke bilik kakak dekat tingkat atas, di sudut hujung sebelah kanan ya!”
“Terima kasih kak!”
“Untuk adik saudara kakak ni, apa saja! Tapi maaflah ya, bilik kakak tu belum pasang langsir..Cuma tutup dengan kain je buat masa ni..”
“……………….”
“Suramnya jalan ke bilik ni..Ah! Aku ni! Dah berfikiran yang bukan-bukan!Emm mana suis bilik ni..?Hah! jumpa dah!”
WHOSH!!!
“Penghawa dingin? Bukan..Elok je bertutup penghawa dingin..Kuatnya angin tadi..Tingkap tak tutup ke?Tengok kejap…Eh tutup dah..Rapat lagi!”
“Naim! Buat apa tu..”
“Oh! Eh! Tak..Tak..Naim tengah perhatikan tingkap ni..Cantik!Haha!”
“Kamu ni…Pelik-pelik..Dah biar Pak Su solat dulu..Kamu tu, wudhuk pun tak ambil lagi..Kering je mukanya..Pergi cepat..Nanti habis pula waktunya..”
“Baik, Pak Su…Aduh! Sakit pula perut ni!Ish!”
Beberapa ketika…
“Naim…Pak Su turun dulu ya..Jangan tutup pintu bilik ni”
“Janganlah ada apa-apa yang tak diingini berlaku..Aku hanya ingin menunaikan solat, Ya Tuhanku..Aku tak ingin sekali pak cik aku keluar tanpa menunggu aku sekali..Aku berasa tidak enak Ya Allah..”
Saat Naim khusyuk dalam mendirikan solat, konsentrasinya ternyata menurun, tatkala mendengar tingkap di belakangnya di baling dengan ketulan batu, satu-persatu jatuh kembali ke bumi..Jelas kedengaran ke telinganya..Makin lama, makin laju balingannya tatkala bunyi batu yang jatuh kembali kebumi semakin rancak!
TUP! TAP..TAP..TAP..
TUP..TAP..TUP..TAP..TUP TAP!!!!
Saat Naim berdoa sebelum mengakhiri solatnya, bahang kepanasan jelas terasa di belakanngnya... Dari bumi ia berdiri, sekaki demi sekaki.. semakin besar, sehinggalah tidak lagi menjejaki lantai bumi...Naim bangkit perlahan-lahan…dia terkaku..Dia berasa berasakan pintu bilik itu semakin menutup rapat!! Walhal dirinya sedia maklum, bahawasanya tiada sesiapa di dalam bilik itu, melainkan dirinya sahaja…!
“K..Kau nak apa?!Argh!! Lepaskan tangan kau dari pinggang aku! To..Tolong aku!!!”
“Emh! Tepi..Tepi!!Kau ni panas!!Panas!! Aku nak keluar! Lepaskan!      Lepaskan Aku!!”
Naim berjaya melepaskan dirinya dari pelukan lembaga itu..Dalam masa yang sama, lembaga itu terus merangkak laju mengejar Naim, sambil rambutnya yang panjang terseret ke lantai bilik!!!Naim tiada pilihan lain, selain mengatup pintu bilik itu dengan segera!
“HERGH! HERGH! HERGHH!!!!!”
“Tinggalkan aku!!!”
DUP!!!
Bunyi seakan-akan sesuatu yang terhantuk di muka pintu, saat Naim menutup pintu bilik tersebut..Tindakan segeranya itu menyelamatkan dirinya dari terhumban jatuh ke bawah tangga, apabila lembaga itu ingin melompat hendak menerkam dirinya!!! Sejurus selepas itu, dia segera berlari turun ke ruang tamu..Keadaannya yang dalam keadaan tergesa-gesa menuruni anak tangga itu, menimbulkan persoalan terhadap diri setiap orang yang melihatnya..Ketika itu juga, ibunya sudah mahu berangkat pulang ke rumah..
“Err..Maaf bu..Naim lambat..”
“Kamu ni kenapa Naim? Tercungap-cungap..Apa yang dah jadi?”
“Ta..Tak apa-apa bu..Naim cuma nak pulang..”
Dalam kereta..Naim sempat mengerling ke tingkat atas tempat berlakunya peristiwa yang menakutkan terhadap dirinya sebentar tadi..
“Lampu tingkat atas berkelip-kelip?! Apakah itu tenaga yang dihasilkan oleh makhluk tersebut?!”
Tatkala kereta mereka berlalu pergi…Tiba-tiba muncul sesosok tubuh tidak berkepala, terawang-awang di udara, melambai-lambai ke arah kenderaan mereka, saat mereka semua tidak menyedarinya… Ketika itu juga jantung Naim bagaikan disentap, tatkala kepala wanita berambut mengurai itu, berada di kerusi sebelahnya!!


SIAPAKAH DIA?
“Letihnya aku dengan kerja-kerja yang bertimbun ni..Rasa macam tak berkesudahan..Hari pun dah lewat malam ni..Aku sambung subuh nanti la..Berat betul mata aku ni..”
HARGH!!
DUP!! DUP!! DUP!!
“Siapa pula ni…Ketuk tingkap bagai nak pecah!!Hoi siapa tu?!.....Hah? Senyap pula..Kalau nak ganggu aku, lupakan saja! Aku tak berminat nak bermain dengan korang tau! Amir! Aku tahulah kau yang nak menakut-nakutkan aku kan! Haha! Aku tak akan tertipu kali ni!”
Suasana menjadi senyap tiba-tiba..Ken berhasrat ingin menjengah ke luar tingkap..
“Eh tak ada sesiapa? Mana perginya Amir? Tak apa..Hari ni hari kau..Satu saat nanti, pasti kau akan di balas! Umph! Bau apa pula ni..Bau macam mayat! Oops! Cabul betul mulut aku malam-malam ni..!Tapi kalau di biarkan tingkap terbuka, bagus juga! Angin sepoi-sepoi bahasa katakan! Sejuk sikit malam ni..”
Ken berkemas-kemas sebelum bersedia untuk tidur..Dia benar-benar tidak menyangka akan apa yang akan dia hadapi….
“Eh? Siapa yang tengah-tengah malam buta macam ni, boleh berjalan-jalan lagi dekat luar?Hantu kot! Haha!!........Han??…Sudahlah! Angin malam yang mencukupi untuk menyamankan bilikku ini..!Alamak! Terjatuh atas bumbung pula pen aku..Siapa yang nak tolong ambil ni?Aduh…Tak apalah..”
Saat Ken ingin menutup tingkap..Saat dia terleka, muncul wanita yang hanya berkepala tanpa tubuh badan, memberinya kembali pennya yang terjatuh itu, menggunakan lidah, dengan iringan hilaian yang menakutkan!!
“PEN BANG?! HAAAAAAAAA~!!!!”
“ARGHH!!!!!”                        
                                         ~Selesai Bahagian Dua~
Nantikan kemunculan Psikik bahagian ketiga dan terakhir, dengan cerita yang lebih meragut setiap nafas yang di hela, bagi melengkapkan trilogi Psikik…Jangan berani bernafas!..Sekian