Total Page views

Sunday, 4 September 2011

Laluan




Laluan



Seorang remaja lelaki yang berada ditengah-tengah kesibukan kota metropolitan,mempunyai prarasa hati yang kurang enak,tatkala berhadapan dengan suatu situasi yang berbeza keadaannya bagi dirinya sendiri.Bahkan dirinya bermonolog dalaman, sehinggalah lamunannya terpancung dek teguran salah seorang temannya,yang turut mengikuti lawatan persekolahan yang ditanggung sepenuhnya itu….
  “Pelik!..Kenapa di tengah-tengah kesibukan peniaga-peniaga yang berniaga di sini,boleh terdapatnya pula sebuah hotel?Laluan masuk ke hotel pun tak…Tak seperti kebiasaan! Tak sistematik!Orang-orang sekitar pun kelihatan serba tak kena?Apakah ‘perkara’ tu akan berulang lagi?Ya Allah,lindungilah hamba-Mu yang lemah ini..Aku memohon perlindunganMu daripada segala macam kejahatan yang tersembunyi Ya Allah…”

 “Luqman?Kenapa ni?”
   “Oh? Ya! Tak..Ak..Aku baik-baik! Eh?Mana kawan-kawan yang lain?”
   “Ish..Ish.. Itulah..jauh mengelamun, sampaikan semuanya dah berjalan masuk ke dalam hotel pun kau tak sedar..!”
   “Ya? Maaf..Maaf..Jom masuk!”
   “Aneh betul kau hari ni Luqman..”
  “Aku?Haha!”
Semasa di dalam hotel,Luqman tak henti-henti bermunajat kepada Yang Esa, kerana dirinya benar-benar berasa gundah-gelisah dengan apa-apa yang pada firasatnya, akan berlaku..Semua yang lain tidak menyedari keganjilan yang berlaku terhadap dirinya,melainkan seorang temannya ini,iaitu Shah,yang baru menegurnya sebentar tadi..
Keterujaan rakan-rakannya yang lain ternyata mengundang cemas di wajah Luqman,tatkala situasi yang keterlaluan sedemikian, pasti mendorong malapetaka!!Luqman melemparkan pandangannya ke arah persekitaran tempat, dimana dia dan rakan-rakannya yang lain, sedang menunggu di hadapan pintu lif sebelum mendaftar masuk ke bilik masing-masing..Pada penglihatannya..suasana di situ terlalu suram sehinggalah dia kemudiannya terkejut dengan apa yang menerjah masuk penglihatannya! Perkataan ‘SPA’ di suatu sudut bangunan hotel itu yang kelihatan suram, benar-benar memberi firasat negatif terhadap dirinya..Kawasan sedemikian rupalah yang menggalakkan berlakunya maksiat!Apa yang lebih mengejutkan,adalah ketika penantian mereka semua di hadapan pintu lif, tidak berkesudahan tatkala pintu lif tidak terbuka,sedangkan butang berwarna ketika ditekan!Luqman keresahan…namun masih bijak menyembunyikan ketakutannya itu..Tetapi tidak di mata Shah..Dia mengekori tingkah-laku rakannya itu sedari tadi..Mereka kini dipanggil oleh salah seorang pekerja di hotel berkenaan,untuk menaiki lif yang lain…Mereka terpaksa melalui bahagian dapur hotel berkenaan sebelum sampai ke pintu lif yang sudah sedia terbuka..Mereka
   menemui lif,MELAINKAN Luqman yang ketakutan dalam kebisuan…
   “Luqman…”
   “Shah..Hah! Jom masuk! Pintu lif dah terbuka..!”
   “Kau masuk dulu!’
Sewaktu tibanya lif di tingkat yang menempatkan bilik Luqman dan Shah,mereka bersiap-siap berjalan keluar…Namun suatu peristiwa aneh berlaku pada diri Luqman…




WHOSH!!
   Tidak semena-mena suatu angin kencang menampar hebat wajah Luqman..Rambutnya beralun..Namun Perkara ini tidak berlaku kepada rakan-rakannya yang lain..termasuklah diri Shah itu sendiri…
   “Kuatnya angin!!”
   “Angin? Apa yang kau merepek ni?! Tingkap semua rapat ditutup tau tak!Kita kan di tingkat 13..Kalau terbuka tingkapnya,nahaslah kita dengan angin kencang!!Kau okey tak ni?Risau aku dibuatnya..”
   “Ya..Ak..Aku okey..Letih agaknya..”
   “Luqman…..Kau ada apa-apa nak ceritakan pada aku ke?”
   “Emm..Dekat bilik ya!Jom!”





Sepanjang laluan di koridor hotel yang kelihatan lurus itu membuatkan Luqman ingin segera sampai ke bilik mereka..Suasana koridor yang suram dan kelihatan seolah-olah tidak berpenghujung,membuatkan dirinya teringat akan kata-kata ustaznya yang mengatakan bahawasanya,laluan yang lurus,adalah menjadi laluan kepada benda-benda halus,kerana mereka ini bergerak mengikut arah angin..Ingatan ini benar-benar menakutkan Luqman..!Selesai sahaja mereka memasuki bilik,Luqman segera meluru ke arah jendela,lalu menyelak kain langsir..Alangkah terkejutnya dirinya tatkala melihat ke luar..Berada betul-betul di bawah hotel mereka terdapat sebuah tokong,selain terdapat sebuah kuil bersebelahannya..Dia terkedu..Kini dia menceritakan apa yang berlaku terhadap dirinya kepada rakan sebiliknya,Shah..Rakannya itu menyambut baik walaupun tidak mengalami apa yang menimpa rakannya itu..Mereka membuat keputusan berpindah bilik dengan rakan di bilik sudut koridor..Permintaan mereka disambut baik atas alasan-alasan munasabah yang di berikan..Namun mereka berdua masih tidak menyedari bahawasanya bilik baru mereka itu terletak pada laluan yang lurus!! Sehinggalah malamnya..

  “Luqman..Aku nak ke bilik kawan-kawan lain..Kau nak ikut?”
   “Tak Shah..Aku nak tidur..’
   “Kalau macam tu,aku pergi dulu..Jangan kunci bilik pula!”
   “Ya,aku faham..”
   Tup.Pintu ditutup..Tinggallah Luqman bersendirian..Dia benar-benar mengantuk..Tetapi belum sempat dia memejamkan mata,dia dikejutkan dengan bunyi siulan seorang budak lelaki yang jelas kedengarannya,di sebelah kiri telinganya!Dia bingkas bangun menuju ke meja persiapan yang terletak di sudut kanan bilik berhadapan bilik air,bagi mendapatkan barangan berharganya,sebelum mengambil keputusan meninggalkan bilik itu..Dia berasa terancam kini!Tetapi…Jelmaan seorang wanita dalam kedaan hangus seperti mengalami kebakaran,muncul pula di hadapan bilik air tersebut!!
   “Siapa kau! Aku..Aku tak ganggu hidup kau!Kenapa..Kenapa aku mesti diganggu?!!’
Dalam masa yang sama,terdengar sayup-sayup suara yang mengatakan…
   “HEEEEEEEE~Mari…Mari ke sini…Kau…Kau tak akan tenang…Penglihatan kau adalah penglihatan KAMI JUGA!!!!HEEEEEE~”
   “Tidak! Jangan samakan aku dengan kamu semua!!Aku mengabadikan diriku kepada kuasa yang satu!Sedangkan..Sedangkan kamu!Kamu semua menjadi makhluk yang derhaka kepada ALLAH!!Ya Allah..Dengan kekuasaan-Mu..dengan kalimah-kalimah suciMu..Dengan KursiyMu Yang Maha Agung,Engkau hapuskanlah makhluk durjana ini Ya tuhanku..”
Sejurus kemudian,Luqman mengumpulkan segenap tenaga dalamannya untuk membolehkan dirinya membaca Ayatul Kursi..Makhluk itu terbakar hangus di hadapannya dalam keadaan yang mengerikan,disusuli jeritan yang bergema…Beberapa ketika makhluk itu lenyap dari penglihatan..Luqman memuji-muji Keagungan Ilahi atas pertolongan-Nya..Peristiwa ini dirahsiakan daripada pengetahuan rakan-rakannya,termasuklah Shah itu sendiri..
Pada keesokannya,mereka menaiki bas untuk bertolak pulang..ketika itu,hati Luqman tergerak untuk melihat gambar-gambar yang telah diambil,menerusi lensa kamera telefon bimbitnya..Sehinggalah dirinya yang ketika itu duduk bersebelahan dengan Shah,terpana…Kedua-duanya benar-benar terkejut dengan apa yang dilihat!
   “Kau nampak apa yang aku nampak, Shah?”
   “A..Ap…Apa tu?!Budak!Mana ada budak lelaki dalam lawatan kita ni! ”
   “Aku cuba ‘zoom’kan..”
   “Argh!! Luqman! Kau tengok mata dia!Merah menyeringai!!Han….Hantu!!”
   “Astaghfirullah!!Budak ni..Ya! Mungkin dialah yang bersiul di telinga kiri aku semalam!!”
   “Apa?!!”
  
-Selesai Bahagian Satu-
Keberkatan Ayat al-Kursi Ketika Menghadapi Gangguan Iblis dan syaitan,berdasarkan petikan buku Fadilat Ayat Al-Kursi,karya Dr.Amran Kasimin menerengkan beberapa Hadis Rasulullah S.A.W khusus berkaitan perkara ini.Berikut dipetik beberapa potongan Hadis
Terjemahan:Daripada Abu Hurairah,sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda:Dalam surah al-Baqarah ada satu ayat, penghulu ayat-ayat al-Quran, tidak dibaca dalam sesebuah rumah yang ada di dalamnya syaitan, kecuali ia keluar darinya, iaitu ayat al-Kursi.
Terjemahan:Darib Qatadah ia berkata:Barangsiapa membaca ayat al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan dua orang malaikat memeliharanya hingga subuh.
NANTIKAN KEMUNCULAN PSIKIK 2..

No comments:

Post a Comment