Total Page views

Wednesday, 14 September 2011

Apa yang korang kena lakukan apabila…

 PERTAMA SEKALI…waktu berhadapan dengan makhluk halus, korang akan terkaku + kelu lidah sampai tak mampu untuk kembali berserah kepada Allah Yang Maha Besar..Apabila perkara ni terjadi, korang pejamkan mata(bagi yang sangat takut), keluarkan ibu jari kaki dari kasut/selipar/capal dan segera sentuhkannya ke atas permukaan bumi(tanah lebih afdal)..Tarik nafas dalam2..Segeralah membaca ayat2 suci Al-Quran (jika tidak mampu, di dalam hati, dan yakinlah kepada pertolongan Allah S.W.T)..Allah menjadikan kita berasal dari tanah..Itulah sebabnya kita perlu berpijak di bumi nyata, untuk mendapatkan kembali kekuatan dalaman ketika berhadapan dengan makhluk2 ini..
Apa yang korang kena lakukan apabila…
terserempak dengan pocong..
Jangan berlari secara lurus..Sebaliknya berlari mengikut arah zig-zag..
Sebabnya, makhluk halus bergerak mengikut arah angin yakni secara lurus..Korang akan memesongkan pergerakan angin yang menerjah korang, apabila korang berlari secara zig-zag.
tersesat di dalam hutan sedangkan korang meyakini jalan yang dilalui adalah jalan keluar..
      Tanggalkan pakaian kerana dengan ini korang menjadi ‘sebahagian’ daripada mereka(makhluk2 halus) kerana mereka tidak berpakaian.Korang akan menemui cahaya yang membawa korang keluar dari disembunyikan oleh makhluk2 tersebut..Perkara ini terjadi kebiasaanya disebabkan oleh perangai diri sendiri yang takbur, meludah merata-rata/kencing/bergelak-tawa/membuang air besar di dalam hutan..
ditegur/terserempak dengan mana2 makhluk halus yang lainnya,
      Jangan pamerkan muka cemas/gelabah/menjerit..Sebab ketika itu semangat diri mulai lemah sehinggakan mudah dimasuki/dirasuk oleh syaitan..Sentiasalah mengamalkan ayat2 pendinding diri seperti yang diajarkan oleh Baginda S.A.W..Ini sangat penting sebab jika diri pernah dirasuk jin/syaitan, ianya akan berulang-ulang kerana kita telah membuka ‘pintu’ kepada makhluk2 ini untuk menggunakan + merosakkan badan kita…

melihat orang histeria/dirasuk
      (Bagi yang lemah semangat)Jauhkan diri dari mendekati mereka…Jika tidak..Korang akan ikut serta histeria kerana turut terserempak dengan makhluk yang dilihat oleh pesakit..(Bagi yang kuat semangat/pernah mengubati orang) sediakan salah satu bahan ini:
      garam/lada hitam/bawang putih yang kemudiannya dibacakan Basmallah, Ummul Kitak Al-Fatihah 1X, Ayatul Kursiy 1X(ulangi bacaan pada WALAYAUDUHUHIFZUHUMA 9X), 3 Qul,selawat ke atas nabi 3X dan diletakk  diletakkan di ibu jari kaki si pesakit, bertujuan menguji/menggertak makhluk tersebut/memaksa meninggalkan badan pesakit. Mahukan cara mengubati pesakit dengan lebih terperinci, emel saya di minstylo_cs@yahoo.com. Insya’allah akan saya bantu berdasarkan pengalaman saya sendiri + tunjuk ajar guru dari Darussyifa’..
      bagi wanita/remaja perempuan
      Elakkan diri dari menjadi perhatian jin2 jantan. Ini boleh berlaku apabila keluar rumah tanpa menutup aurat(berpakaian mencolok mata) pada waktu maghrib..Allah telah menyempurnakan maruah kaum hawa..Mengapa masih lagi membuka aurat?
Ini adalah sebahagian daripada cara untuk melatih diri sentiasa bergantung harap kepada pertolongan Illahi..Semoga dapat membantu sedikit-sebanyak. Saya akan berusaha untuk berkongsi banyak lagi cara untuk mengelakkan diri daripada tipu daya Syaitan…Wassalam
     

     
     
     



     
   

No comments:

Post a Comment