Total Page views

Tuesday, 9 August 2011

Psikik 3~Jangan Berani Bernafas!





BISIKAN BERDARAH
“Aku dah pesan awal-awal lagi! Siapa pun tak percayakan aku, apatah lagi mendengar nasihat! Aku dah kata aku tak bergurau!”
“Se..Sekarang apa aku nak buat?! BURP! BURGHH!! ARGHH!!”
“Apa yang kau dah buat ni sampaikan muntah..muntah bernanah ni?!! Ya Allah!!”
“To..Tolong aku Man…”
.......................................................................................................................................
“Man…nak ke bilik prep? “
“Tak..Aku selesa belajar sendiri…Selesa  bro..”
“Berlagak  kau ya! Budak pandai..Tersergam indah lagi namanya..Siapa hah?? Hah ya Muhammad Arman Bin Abidin!! Besar-besar lagi dekat papan kenyataan sekolah.. Mana gemar bergaul dengan orang ramai..Ya tak?”
“Lagi? Lagi? Haha!! Bukanlah..Hish! Mulut macam longkang! Buat-buat tak faham pula kebiasaan aku ni..Tak senonoh betul!”
“Oh okey..Haha!! Roger that, captain! Faham..Faham..Aku pergi dulu..Chow!”
“Zaim!..Nah..”
“Wow! Thanks..Aku tak sangka pula ada orang yang sanggup tolong aku carikan info pasal Pertandingan Menulis Cerpen ni!!”
“Tengok orang la..Haha”
“…………Thanks Arman!”
My pleasure!
Saat diri Arman keseorangan di dalam bilik, tertangkap dek pendengarannya suara-suara yang padanya sangat aneh, kerana dirinya tidak memahami butiran-butiran percakapan tersebut! Malah, dia tidak melihat sesiapa yang sedang bercakap ketika itu! Rakan-rakan sebiliknya sedang lena dibuai mimpi, juga terdapat yang masih berjaga dan meneruskan ulang kaji di bilik prep..Dirinya juga sedang meneruskan berbuat sedemikian..Telinganya terasa sakit , tatkala mendengar suara yang berfrekuensi tinggi itu! Dia mula teruja untuk mengetahui punca bunyi tersebut..Sedang asyik dalam meneliti arah datangnya bunyi tersebut, tiba-tiba sesuatu yang aneh, berlaku pada dirinya…Situasi itu turut terlihat oleh rakannya, Zaim yang kebetulan kembali ke bilik untuk mengambil barangnya yang tertinggal..

“Man! Kenapa berdarah telinga kau tu?..Agak-agaklah kalau nak cuci telinga dengan putik kapas sekalipun..! Sampai berdarah telinga kau!”
“Eh? Masa bila pula aku cuci telinga ni?Darah??…Aduh! Kenapa sakit sangat telinga aku ni?! Argh! Argh!!”
“Man! Man! Kau tunggu aku panggilkan warden! Kau tunggu tau!”
“Sakitnya..!!”
Tatkala tibanya warden..
“Mana? Mana darahnya?Man, cikgu lihat kamu baik-baik saja..?Kawan kamu si Zaim ni pula tergesa-gesa ke rumah cikgu mengkhabarkan telinga kamu berdarah?Macam Nampak hantu! Pucat lesi mukanya!”
“Ya..Ta..Tadi memang berdarah..Tapi sekarang…Tak..”
“Kamu berdua cuba mempermainkan saya ke?!”
“Eh, tak cikgu!Kami serius tenteng perkara ni..Saya sendiri tengok telinga Arman berdarah..Darahnya mengalir banyak..Tapi sekarang..Tak lagi..Malah, tiada kesan darah langsung!Pelik..”
“Sudah! Cikgu banyak lagi perkara yang perlu cikgu buat..Kamu berdua ni!”
“Ma..maaf cikgu..”
Warden tersebut berlalu pergi meninggalkan kedua-dua pelajar tersebut dalam kebingungan..Sesuatu yang lebih dahsyat sedang menanti mereka berdua..!
“Kau Nampak telinga aku berdarah ta..tadi kan?’
“Ya! Ta..tapi sekarang..”
“Eh, jam pukul berapa sekarang Zaim?”
“1:30 pagi..Kenapa?”
“Tak..Tak..Aku Cuma fikir lebih baik aku tidur sekarang..”
“Ah! Eloklah..Kau bawalah berehat..”
Belum sempat mereka berdua menghabiskan kata-kata terakhir, mereka dikejutkan dengan hentaman pintu yang sangat kuat, disusuli dengan tingkap yang dihempap dengan kuat secara serentak! Mereka berdua tergamam..Apa yang menimbulkan tanda tanya kepada mereka berdua, tiada seorang daripada rakan-rakan mereka yang sedang diulit mimpi itu, terjaga! Bunyi hempasan pintu dan tingkap bilik secara serentak itu benar-benar menakutkan!! Saat itu juga mereka ternampak kelibat seseorang yang sedang berlari dengan pantas di luar bilik..Kejadian itu dapat dilihat dengan jelas kerana diterangi dengan lampu koridor..Mereka mula menyusun langkah..



“Aku buka pintu jap..kau tunggu..”
“Gila kau! Eh, Man! Seperkara lagi yang perlu kau tahu..Sekarang ni dah pukul berapa? Semua kawan-kawan yang lain dah masuk tidur lah! Tu tadi macam kelibat perempuan..Sini asrama Aspura! Mana ada perempuan!!Hish! Seram aku!”
“Kau ni penakut sangatlah! Kalau tak mahu teman biar aku pergi sendiri!”
“Pergilah kau! Tak kuasa aku..! Man, Janganlah pergi..jadi apa-apa nanti..”
“Lagi satu.. jaga perkataan kau! Jangan ghairah sangat memaki ‘benda’ tu.. Padah kau nanti! Aku tak bergurau!! ”
“Man!”
Panggilan itu tidak dihiraukan sama sekali oleh Arman..Dia terus mengekori kelibat wanita tersebut  yang sedang berdiri tegak di suatu sudut tangga asrama..Ternyata dirinya telah bersedia dengan apa jua yang akan menimpa dirinya selepas ini..Seperkara lagi yang disembunyikan daripada semua orang tentang dirinya adalah mempunyai kebolehan melihat sesuatu yang halus, dan tidak terjangkau dek penglihatan manusia biasa..Dia kini kehilangan jejak wanita tersebut..Dia berlari ke setiap tingkat bagi mencari wanita berkenaan..Suasana koridor ketika itu sangat gelap..Tingkat di tingkat paling atas tidak didiami oleh sesiapapun tatkala sekolah itu masih baru dan kekurangan bilangan pelajar..Arman berjaya menjejaki kelibat wanita tersebut yang berada di tandas pada tingkat paling atas bangunan itu..Kelibat tersebut sedang memerhati akan dirinya dengan satu renungan tajam sebelum…… Bertukar rupa bentuk menjadi sesuatu di luar kotak fikiran Arman!

“Apa yang mereka sedang lakukan?! Eh? Emm..Mana kakinya?! Tak menginjak ke bumi!Wanita tadi! Tapi apa yang cuba ditonjolkan?!”
Sebenarnya, Arman melihat beberapa orang rakan sebayanya sedang beratur, lalu memasuki  tandas tersebut..Tetapi dirinya sedar bahawasanya itu semua hanyalah suatu petunjuk atau jelmaan yang ingin diperjelaskan kepada dirinya,memandangkan hanya dirinya yang mampu menjangkaui situasi sedemikian rupa..Dia bergegas berlari ke dalam tandas tersebut, tetapi tidak menemui kelibat seorangpun daripada pelajar tersebut..Dia kebingungan….Diam membisu sehinggalah…. Dia melihat sesuatu yang menjadi punca ‘permasalahan’ tersebut!
“Puntung rokok?!Mereka semua tu..Ya! Ini semua kerja lima orang pelajar tu!”
Arman segera mendapatkan rakannya, Zaim..Tetapi rakannya pula disampuk oleh makhluk halus tersebut, gara-gara bermulut lancang!
Imbas kembali…
“Ya Allah…! Aku dah 
pesan awal-awal lagi! Siapa pun tak percayakan aku, apatah lagi mendengar nasihat! Aku dah kata aku tak bergurau!”
“Se..Sekarang apa aku nak buat?! BURP! BURGHH!! ARGHH!!”
“Apa yang kau dah buat ni sampaikan muntah..muntah bernanah ni?!!
“To..Tolong aku Man…”
Arman terus segera membantu mengubati rakannya itu..Segala ilmu perubatan Islam yang dipelajari, dimanfaat sebaiknya..
Keesokan petangnya, di bilik Guru Disiplin....Arman menceritakan perkara sebenar..Guru disiplin itu juga merupakan warden bertugas pada malam sebelumnya..Namun…tanpa Arman sedari..’Permainan’ baru sahaja bermula….Dia bermain dengan ‘persekitaran’ halus..
“Sebenarnya, untuk pengetahuan kamu seorang saja , seluruh kawasan sekolah termasuk kawasan asrama, masih belum ‘di pagar’”
“Patutlah..Tapi kenapa malam tadi cikgu bersungguh-sungguh memarahi saya dan Zaim, sepatutnya cikgu memberitahu kami perkara yang sebenar..”
“Saya? Datang ke bilik dan memarahi kamu berdua?Haha! Mengigau kamu ni! Sama dengan yang kawan kamu  seorang lagi tu! Saya baru sampai dari kampung halaman pagi ni tahu! Berjenaka pula dia senja-senja ni!”
“Maknanya..Zaim berjumpa dengan siapa malam tadi? Rumah cikgu malam tadi?.Siapa??...Ya Allah!”
“Eh? Awak nak ke mana tu?”
“Saya perlukan Zaim sekarang cikgu!”
“Baru tadi waris dia datang dan membawa dia pulang ke rumah..Dia diserang demam panas..err Arman?? Awak okey tak ni? Arman! HERRR~!!!Sa..Saya tak boleh bernafas!!”
“Cikgu! Se…Sebelah cikgu! Dia..! Dia..!! Jelmaan yang sedang melilit tubuh cikgu!!”
“Apa?!!”
Arman terpaku..    
Terjulur panjang lidah jelmaan itu melilit rapat ke dada Guru Disiplin tersebut!!

No comments:

Post a Comment