Total Page views

Wednesday, 25 May 2011

Psikik 1~Kengerian menghantui, saat kau melihatku!

KEM


“Kamu nampak tak cahaya tu?? Kamu jalan lurus! Jangan belok ke mana-mana faham tak?!”
        “F..Fa..Faham ustaz”
        “Terus!!”
        “Ba..Baik!”
…………………………………………………………………………
   “Hey..kau ni kenapa??Aku tengok kau ni dari tadi macam ada yang tak kena je..Tak sihat??Chop! Kau rindukan mak kau ya?Hahaha!..Baru beberapa minit tadi famili kau hantar,dah mula rindu?Anak mak sungguhlah kau ni bro!”
   “Hey sudahlah..apa masalah kau ni Edi?!Asyiklah dengan provokasi kau yang tak habis-habis tu!Kalahkan orang perempuan..Dia yang melebih-lebih pulak!!”
   “Okey..Okey aku minta maaf..Aku cuma risaukan kau je..Eh,ramai tau yang suka bertukar-tukar kisah dengan aku..Emm kau tak rasa nak cerita kat aku?Aku boleh jadi pendengar yang baik tau!”
   “Ish! Kau pendengar yang baik?Kirim salamlah dekat kucing kau tu…Aku tak apa-apa…”
   “Aku tak paksa kau...Kalau…”
   “Kejap! Kau tak rasa apa-apa pasal kem ni?Err..aku tanya je..”
   “Kau rasa takut..?”
   “ Tak..Tak..Cuma aku rasa tak sedap hati..Aku rasa serba tak kena..Aku buat apa pun salah sejak di rumah lagi..Kau tak rasa yang sama?”
   “Ish kau ni…Tapi sebelum Badan Pengawas nak buat kursus dekat sini,aku ada dengar dari mulut orang-orang sekeliling yang banyak mengatakan yang pelik-pelik tentang tempat ni..Tapi..Ish!Mengarutlah semua tu..Dah..Dah..Pergi siap cepat!..Malam ni kita ada sesi ‘Burung Hantu’!!! Excited betul aku!!”
   “…………………”
   “Kau..Kau okey Khairil?Kau…”
   “Ya!Ak..Aku okey..Aku okey……”
Jam 1:00 pagi
Taklimat Guru Badan Pengawas
   “Baik semua..! Malam ni kita akan adakan sesi burung hantu.Ini bertujuan memupuk jati diri dalam diri pelajar..Kita akan melepaskan seorang demi seorang untuk berjalan di dalam hutan sehingga ke platform yang terakhir..Sedikit peringatan saya kepada kamu semua..Sila ingat kata kunci yang telah diberikan kepada setiap seorang daripada kamu dengan baik..Kita tak mahu ada yang cuba menyamar jadi diri kamu…Kamu fahamkan maksud saya..Jangan cuba menegur ‘sesuatu’ yang kelihatan luar biasa pada kamu..Bacalah ayat-ayat suci Al-Quran sebelum kamu memulakan perjalanan panjang ini…Semua bersedia? Baik! Kita mulakan dengan wira dahulu..Silakan….”
   “Hey Edi..Kau dengar tak tadi?Aku rasa macam…”
   “Sudah! Kau ni!..sekarang ni giliran kau untuk jalan..Dah..Dah..Jalan cepat..Hati-hati Khairil..Hahaha”
   “Siap kau nanti Edi aku kerjakan!!!”
Jam 2:00 pagi
Hutan lipur..
   “Eh kenapa ada jalan satu lagi ni??Pelik..Setahu aku jalan ni jalan sehala..Macam mana ada dua arah?Melainkan….!!!”
   “WHOA!! Hey kawan!! Kita jumpa lagi..”
   “Ya Allah!!..Eh kau ke Edi..terperanjat betul aku!! Kau buatlah macam tu lagi tau!Hish!”
   “Haha!Maaf..lawak betul tengok kau terperanjat!Alang-alang dah jumpa,jom jalan sekali nak tak?”
   “Boleh!Boleh!..Jom!”
   “………..Kau ni Khairil………..”
Platform terakhir..
Kata kunci terakhir untuk diberikan kepada ustaz yang menjaga platform berkenaan…
   “Kamu…Azan cepat!”
   “Saya?Azan?Dalam hutan ni???”
   “Kamulah Akmal! Ni salah satu ujian juga!CEPAT!”
   “Ba..Baik ustaz..!”
   “Eh Edi kenapa agaknya ustaz suruh dia azan?Pelik betullah..”
   “Haha ujian Fardhu Ain versi baru agaknya!”
   “Hish kau ni! Main-main je yang kau tahu!Dah giliran aku pula sekarang..”
   “Maaflah..Aku tak tahu…”
Tatkala Khairil..
   “Betul ke kamu ni Khairil..?”
   “Eh?Sayalah ni ustaz..Kenapa ustaz tanya macam tu?”
   “Tak..Tak apa-apa..Kamu boleh jalan..DAN! pastikan kamu jalan terus ke cahaya lilin yang diletakkan di atas meja dekat  hujung tu..Itu penamatnya..kamu faham tak??”
   “ Faham ustaz…”
Giliran Edi..
Khairil pula meneruskan langkahnya..
   “Kamu azan Edi..”
   “Hah?!”
   Pada waktu ini,Khairil terpana seketika tatkala melihat kelibat wanita berpakaian serba putih yang berlalu pergi meredah semak di sebelah kirinya..Tidak terlintas perkara yang bukan-bukan di benaknya apabila kursus itu turut disertai oleh peserta-peserta perempuan.Khairil kemudiannya menukar arah perjalanannya kearah wanita tersebut, tatkala merasakan dirinya melalui jalan yang sebenarnya..Ternyata Khairil terlupa akan kata-kata daripada ustaznya yang menggesa akan dirinya agar berjalan terus…….Namun hampir sahaja dirinya tergelincir jatuh ke dalam gaung! Mujurlah dia sempat berpaut pada dahan berdekatan, selain sempat ditarik oleh ustaz yang melihat perlakuan ganjil anak muridnya itu sedari tadi..
   “Ya Allah!!Gaung!!!”
   “Khairil!Apa yang kamu buat ni..saya dah kata berjalan terus!Kenapa tukar arah ni?!!”
   “Tapi kakak tadi melalui jalan ini..! Jadi saya ingat ini jalannya!”
   “Siapa yang kamu maksudkan ni?!”
   Kamu nampak tak cahaya tu?? Kamu jalan lurus! Jgn belok ke mana-mana faham tak?!”
  “F..Fa..Faham ustaz”
  “Terus!!”
  “Ba..Baik!”
   Baru kini Khairil melihat lilin yang dimaksudkan oleh ustaznya itu..Sedangkan beliau tidak melihat apa-apa sebelum itu..!Kakak yang dimaksudkan itu tidak dilihat oleh sesiapa melainkan dirinya..Sehinggalah beliau menyedari  ketika dirinya telah berada di rumah, bahawasanya wanita itu tidak berjalan, sebaliknya TERAPUNG ketika Khairil terserempak dengannya!!!Masakan ada insan yang boleh berjalan di atas angin dan dibawahnya GAUNG!!!!Dia TERBANG!
 

 Imbas kembali…
      “Betul ke kamu ni Khairil..?”
      “Eh?Sayalah ni ustaz..Kenapa ustaz tanya macam tu?”
      “Tak..Tak apa-apa..Kamu boleh jalan..DAN! pastikan kamu jalan terus ke cahaya lilin yang diletakkan di atas meja dekat hujung tu..Itu penamatnya..kamu faham tak??”
      “ Faham ustaz…”
   Sebenarnya..ustaz tadi telah melihat kelibat wanita berpakaian serba putih, dengan wajahnya yang hancur dan bebola matanya yang kemerahan, TERAPUNG betul-betul di atas kepala KHAIRIL!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment